amruirfan.com

‘together.. we can change’
  • rss
  • Home
  • Profile
  • Warung
  • Contact
  • Gallery

Gaza oh Gaza

admin | January 12, 2009

gaza

Bentak Hati

Masuk hari ini sudah hari ke 17 pembunuhan penduduk Gaza diteruskan oleh rejim laknatullah, Israel. Marah, geram, bengang… Tiada kata yang mampu diungkap bagi menggambarkan perasaan yang menyulubungi diri. Mana tidaknya, saban hari disuap dengan berita yang mngayat hati, tetapi diri tidak mampu berbuat apa- apa. Dalam 17 hari lebih 900 kematian dicatatkan. Beribu- ribu lagi cedera teruk. Ditembak, dibom dimusnahkan segalanya. Darah adalah perkara biasa, jeritan menjadi lumrah.
Pernah saya menaikkan isu ini dalam sembang- sembang dengan beberapa rakan disini, ternyata perasaan yang sama dikongsi bersama. Masing- masing sedih kerana hanya mampu melihat dan bersimpati atas apa yang berlaku. Dari sembang- sembang itu, kami memcapai beberapa konsensus atas apa yang mampu kita lakukan bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

Doa
Teruskan dan perbanyakkan doa agar bantuan Allah bersama saudara- saudara di Gaza. Amalkan juga qunut nazilah dalam solat- solat kita. Kalau boleh perbanyakkan qiamullail dan teruskan memohon bantuan dan penjagaan Allah swt.
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Al Ghafir:60)

Derma
Saudara- saudara kita telah kehilangan banyak perkara dari hidup mereka. Rumah, keluarga mahupun anggota badan. Bantuan kita amat diperlukan dan salah satu bantuan yang mudah untuk sampai kepada mereka adalah bantuan kewangan. Peruntukkan sebahagian dari wang bulanan kita kepada mereka. Mereka punya hak keatasnya! Satu pertiga, satu perempat, satu perlima ataupun keseluruhannya, terpulang kepada kita. Yang penting bantuan mesti disalurkan.

Kesedaran
Bagi saya ini adalah perkara terpenting. Tidak kira dimana kedudukan kita, pasti ada bahagian yang mampu kita lakukan. Hidupkan sembang- sembang dengan isu- isu Palestin dan penyelesaiannya. Jika mampu anjurkan aktiviti- aktiviti yang menghidupkan isu ini seperti ceramah, charity dinner, charity auction mahupun demo!

Saya pasti senarai ini boleh berterusan selamanya, tetapi pokoknya biar kita mulakan usaha itu dahulu. Biar kecil usaha kita, saya percaya itu lebih baik dari hanya besar kata- kata. Perubahan hanya akan lahir dengan usaha bukan kata- kata. Dan sesungguhnya ingatlah;
Dari Al-Nu’man bin Basyir r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Perumpamaan orang mu’min pada persahabatan, saling kasih sayang dan saling lemah lembut sesama mereka adalah umpama suatu jasad. Apabila satu anggota menderita maka seluruh badan mengalami demam dan tidak dapat tidur. [Bukhari dan Muslim]

Comments
No Comments »
Categories
Reminder
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Bismillahirrahmanirrahim..

admin | January 7, 2009

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan pencipta seluruh alam, selawat dan salam buat junjungan Baginda Muhammad s.a.w, para sahabah, tabien, tabi’ attabien serta para pejuang- pejuang deen Allah yang telah bermatian menyampaikan seruan Illahi ke seluruh alam.

Setinggi- tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t atas peluang yang diberikan, bagi saya melebarkan lagi langkah saya dalam mempertingkatkan pengetahuan dan terus mempelajari erti kehidupan. Benarlah hidup lebih menarik disulami ilmu.

Sebetulnya saya pada mulanya agak terbolak- balik dalam mengambil langkah ini tetapi setelah hampir seminggu menimbang semasak mungkin, akhirnya saya tiba pada keputusannya ‘kalau tidak dikunyah lada, manakan ada pedasnya’.

Blog ini sebetulnya akan berkitar tentang apa yang saya prihatinkan. Setiap langkah adalah langkah pembelajaran dan setiap langkah adalah langkah penambahbaikan.

Ya Allah, istiqamahkanlah langkahku, lapangkanlah dadaku, tabahkanlah hatiku, tangkaskanlah fikiranku dan tajamkanlah penaku..

Comments
No Comments »
Categories
Uncategorized
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Next Entries »

Categories

  • Catatan Hati
  • Gaza
  • Reminder
  • Uncategorized

Blogroll

  • Bro Hilal Jordan
  • Bro Khalid Al Walid
  • Bro Mughirah Shu’bah

Archives

  • June 2009 (2)
  • May 2009 (2)
  • January 2009 (7)

amruirfan.com | Log in | Entries (RSS) | WordPress | Theme