amruirfan.com

‘together.. we can change’
  • rss
  • Home
  • Profile
  • Warung
  • Contact
  • Gallery

Sungguh, ana merundui anta!

admin | June 12, 2009

Sejak kelmarin air mata saya tiada hentinya. Tambahan sejak tamat peperiksaan lebih banyak masa saya luangkan bersendirian. Acap terkenang memori bersama seorang sahabat, seorang saudara yang telah pergi buat selamanya. Ammar, sungguh ana merundui anta!

Ana yakin pengakhiran anta adalah pengakhiran yang mulia. Pengakhiran dijalan Allah seperti yang dijanjikan Rasulullah SAW didalam hadithnya:

“man kharaja fi thalabil 3ilmi fahuwa fi sabillillahi hatta yarji3″
“Siapa yang keluar mencari ilmu, maka ia diatas jalan Allah. Sehinggalah ia pulang”
(Riwayat Tarmizi)

Senang bila ana menerima mesej dari rakan- rakan yang mengkhabarkan betapa tenangnya pemergian anta. Anta pergi dengan kalimah syahadah dan senyuman. Ana berharap pengakhiran ana juga sebegitu. Ammar, sungguh ana merundui anta!

Semalam saya ada menerima mesej YM dari id Ammar, disampaikan emaknya;

“Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.”

Kepada Ummu Ammar sekeluarga, tabahkan hati. Ammar hanya mendahului kita. Kita pastikan menyelusuri jalan yang sama. Semoga Allah tempatkan kita bersama- sama Ammar di Jannatul Firdaus.

Tadi saya ada menerima lagi mesej dari Ummu Ammar. Sungguh tabah ibu ini.

“Asslamualaikum, bangunlah wahai mujahid dan mujahidah teruskan perjuangan ammar mudah-mudahan ALLAH menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada ISLAM dalam rangka untuk mendidik dan berbakti”
daripada UMMU AMMAR…. sekian wassalam

Benar, air mata perlu diseka, marilah bangun kita melangkah kehadapan. Menerus apa yang ditinggalkan Ammar. Menyubur jiwa yang hangat mencintai akhirat. Laksana anak-anak akhirat… melihat dunia dari jendela akhirat!

Allahummaghfirlahu Warhumhu Wa’afihi Wa’fuanhu.

Berita berkaitan kejadian:
Bernama

Comments
5 Comments »
Categories
Catatan Hati
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Lagi berita DUKA

admin | June 11, 2009

11.45 pm 10 Jun 2009
Sepulang dari masjid selepas Isya, saya dikejutkan lagi dengan satu lagi berita duka. Berita pemergian seorang lagi insan yang terlalu istimewa. Seorang junior, seorang saudara dan seorang sahabat buat saya.

“ammar meninggal dunia lepas magrib waktu mesir. sampaikan kt shbt2″

Itu mesej yang pertama saya terima dari Syafiq Che Ani menerusi YM. Sedayanya saya cuba menafikan bahawa ammar yang dimaksudkan adalah Ammar Zulkifli. Tetapi setelah melihat akan status sahabat- sahabat lain, harapan saya berkecai. Hati luluh dan air mata mengalir deras. Kerana yang pergi adalah insan yang terlalu istimewa buat saya; seorang sahabat yang bernama Ammar Zulkifli.

img_0031

Walaupun di MATRI dahulu Ammar adalah junior 3 tahun dibawah saya, tetapi batch bukan pemisah antara kami. Tambahan pula setelah tamat SPM kami masing- masing menyambung pelajaran diluar negara, kerap sahaja kami berhubungan menerusi YM. Ammar di Mesir dan saya di UK. Selalunya jika pulang ke Malaysia untuk bercuti musim panas, Ammar adalah antara yang akan bersama-sama saya melepak di MATRI. Tidak skali beliau lokek dalam perkongsian dengan adik- adik pelajar MATRI.

final

Masih ingat lagi ketika saya menziarahi Mesir tahun lalu, Ammar tetap mencuri masa dalam kesibukannya untuk menemani kami berjalan- jalan. Dalam bulan Mac lalu Ammar ada menyatakan hasrat untuk ke UK pada bulan Julai ini. Tetapi baru baru ini dia terpaksa membatalkannya lantaran bertembung dengan plan untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan ini. Rupa- rupanya Allah memanggilnya kembali lebih awal.

Masih ingat lagi antara perbualan terakhir kami. Ketika itu saya menyatakan impian saya untuk melakukan public-speaking di Speaker’s Corner di Hyde Park London. Ammar lah antara yang paling awal menyokong padu impian saya sambil memohon agar dihantar beberapa keping gambar kepadanya.

Tetapi hari ini Ammar sudah tiada. Pergi dahulu menemui Rabbnya. Beliau bersama- sama empat orang rakannya terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari melihat tempat rehlah yang dirancang pada hujung bulan ini. Menurut berita yang diterima, kereta yang dinaiki mereka terbabas ketika memotong sebuah lori.

Benar ungkapan Ammar ketika memberitakan pemergian Ummi Halimaton. Katanya tidak sangka permintaan Ummi Halimaton agar dia menghubunginya adalah permintaan terakhir ummi. Ternyata sekarang Ammar telah pun ‘menghubungi’ dan bersama- sama Ummi Halimaton disana.

ammar

Caturan Allah lebih baik pastinya. Ammar pergi dalam medan perjuangan fisabilillah, medan menuntut ilmu. Pastinya yang terbaik menantinya disana. Kehilangannya pasti akan dirasai. Kehilangan yang besar, tiada penggantinya.

“Ya Allah, Kau tempatkanlah sahabatku Ammar Zulkifli bersama- sama para syuhada’ dan solehin. Permudahkanlah Ya Allah akan urusannya disana.”

Maafkan ana Ammar, jika ada salah dan silap. Ana doakan anta tenang disana. Insya Allah anta akan terus di hati kami.

Umur bukan ukuran hayat. Tua tak semestinya lebih hampir dengan kematian. Muda tiada kebal panggilanNYA. Allahummaghfirlahu Warhumhu Wa’afihi Wa’fuanhu..
Al Fatihah buat saudara dan sahabatku Dr. Muhammad Ammar Zulkifli.

Ke blog Allahyarhamhu Ammar ‘Dalam Jiwa Hamba’.

Comments
8 Comments »
Categories
Catatan Hati
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Categories

  • Catatan Hati
  • Gaza
  • Reminder
  • Uncategorized

Blogroll

  • Bro Hilal Jordan
  • Bro Khalid Al Walid
  • Bro Mughirah Shu’bah

Archives

  • June 2009 (2)
  • May 2009 (2)
  • January 2009 (7)

amruirfan.com | Log in | Entries (RSS) | WordPress | Theme