Dia yang kupanggil UMMI
admin | May 14, 2009Sudah lama tidak dicoretkan sesuatu di sini. Kalau blog ini sebuah rumah, pasti sudah berkilo sawang melekat di siling. Tidak mahu saya menyalahkan kesibukan tetapi kerana kelemahan saya menguruskan masa. Atas sebab itu, maafkan saya. Tetapi hari ini saya terpanggil untuk menuliskan sesuatu khas buat seorang yang penting dalam hidup saya. Sepanjang saya mengenali beliau, beliau telah banyak mengubah cara saya berfikir, bertindak dan salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan saya seperti saya yang sekarang.
Namanya adalah Halimaton binti Hussein. Beliau adalah isteri kepada Al Fadhil Ustaz Dahlan Md Zin, mudir (pengetua) sekolah menengah saya dahulu (Ma’had Attarbiyah Al Islamiyah). Beliau juga adalah guru Bahasa Melayu kepada saya. Guru bukan sahaja di dalam kelas tetapi di dalam hidup saya juga. Jika di sekolah dahulu dia cukup mesra dipanggil Ummi. Siapa tidak kenal Ummi Halimaton, kerja kerasnya dan dedikasi dalam mendidik kami tiada tandingnya. Kami semua amat rapat dengannya.

Taken from Hilal’s blog
Tambahan pula saya terlibat dengan banyak pertandingan bahas, pidato, syarahan dan forum. Siapa gurunya? Pastilah Ummi Halimaton. Ummi la yang menjadi rujukan kepada kami. Daripada penyediaan teks sehinggalah teknik penyampaian dialah sifunya. Pernah kami bermalam dirumahnya dek mempersiapkan diri untuk pertandingan. Dialah insan dibelakang saya ketika saya berjaya ke pertandinagn akhir bahas ala parlimen peringkat zon. Dialah insan dibelakang saya ketika saya berdiri gah di pentas akhir pidato diraja peringkat negeri Perlis. Dan dialah insan dibelakang saya ketika saya maju melangkah ke peringkat kebangsaan dalam syarahan agama!
Ya benar, dialah Ummi Halimaton. Dia telah lama saya anggap sebagai ibu saya sendiri. Yang mengajar bukan hanya menulis bicara, tetapi mengenal erti dunia. Yang telah mengajar saya bertatih, hingga saya mampu berlari pantas. Dialah yang kupanggil UMMI.
Walaupun berada di bumi UK, saya tetap selalu berhubung dengan ummi. Setiap kali pulang bercuti di Malaysia, pasti saya akan ke MATRI dan menjenguk khabar ummi. Selalunya dia akan meminta saya berkongsi pengalaman dengan pelajar- pelajar. Paling tidak pun pasti dia akan bertanyakan bilakah saya akan mendirikan rumah tangga. Begitulah ummi sentiasa prihatin walaupun saya telah bertahun meninggalkan sekolah. Benar kata Hilal Asyraf Ummi, memang ummi.
Tetapi hari ini saya dikejutkan dengan pemergiannya. Pemergiannya buat selama- lamanya. Setelah 2 hari terlantar tidak sedarkan diri di CCU akibat demam denggi dan sakit jantung, ummi pergi meninggalkan kami selamanya. Sedih di hati saya teramat sangat. Kerna yang pergi bukan hanya seorang GURU kepada saya, tetapi juga seorang UMMI.
Benarlah firman Allah, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati ..” (Ali Imran: 185). Walau sedalam manapun sayang orang terhadap kita, kematian itu adalah pasti. Kematian itu adalah dekat sekali.
Ummi pergi meninggalkan kami 14 May 2009 jam 6.15 petang waktu Malaysia. Kira- kira jam 11.15pagi waktu UK. Jika saya di Malaysia pasti akan saya turun ke Perlis mengiringi ummi buat kali teakhir. Namun jarak dan hambatan viva serta peperiksaan menghalang saya untuk menziarahi ummi buat kali terakhir.
Hanya Al- Fatihah dan doa yang mampu saya kirimkan. Semoga roh Ummi dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh orang- orang yang soleh. Halalkan segala tunjuk ajar ummi selama ini. Maafkan silap dan salah saya kepada Ummi.
” Ya Allah berkatilah hidup ummi, tempatkanlah dia disamping orang- orang yang Kau berkati, orang- orang yang memegakkan agamaMu. Bukan disamping orang- orang yang Kau murkai.. Amiinn..”
Al Fatihah buat dia yang kupanggil Ummi.
salam syeikh.. first time jenguk blog hang.. takziah.. aku dpt tau berite ni
tono | May 21, 2009 | 9:07 pmsalam syeikh..
first time jenguk blog hang..
takziah..
aku dpt tau berite ni dari akhi mazrul notts..kalau kenal..
Jazakallah.. kenal sgt dgn akhi mazrul. mmg terasa pemergian ummi kerana
admin | May 23, 2009 | 11:50 amJazakallah.. kenal sgt dgn akhi mazrul.
mmg terasa pemergian ummi kerana dia dah mcm ibu sendiri dah.
semoga Allah merahmati dia dan kita.
salam..sabar je lah..sume kehendak yg MAHA ESA..doa byk..wasalam..
mydear164 | June 9, 2009 | 9:51 amsalam..sabar je lah..sume kehendak yg MAHA ESA..doa byk..wasalam..
guru adalah antara khazanah paling berharga www.aminharun.blogspot.com
meezan harun | June 22, 2009 | 7:46 amguru adalah antara khazanah paling berharga
http://www.aminharun.blogspot.com