amruirfan.com

‘together.. we can change’
  • rss
  • Home
  • Profile
  • Warung
  • Contact
  • Gallery

Erdogan, I salute you!

admin | January 30, 2009

29 Januari 2009
11.28PM

Sedang saya bersiap- siap untuk tidur semalam, tiba- tiba saya mendapat text message dari Eymen, rakan saya yang mempunyai asal usul dari Turki. Beliau bersama keluarganya menetap di Sheffield sudah lebih 20 tahun. Tetapi semangat ke’Turki’annya masih kuat. Saya mengenali hampir seluruh keluarganya. Bapanya Brother Yardim dan abangnya Ibrahim merupakan pengunjung tetap ke Muslim Welfare House Sheffield (MWHS).

“Slm, Allahu akbar erdogan. ws”

Pendek sahaja mesejnya dan pelik juga sebenarnya. Biasanya jika Eymen menghantar mesej ditengah malam kepada saya, pastinya berkaitan urusan Islamic Circle (USIC). Kalau tidak pun, pasti berkaitan aktiviti MWHS. Saya kira pasti ada perkara menarik yang telah dilakukan Erdogan hinggakan Eymen menghantar mesej sebegitu. Tambahan pula kami baru sahaja berdiskusi hebat berkenaan iklim politik Turki beberapa hari lepas.

30 Januari 2009
10.00AM

Usai pulang bekerja di MWHS, terus saya membuka komputer untuk membaca berita. Ini telah menjadi rutin harian saya sejak berada di UK. Kemudahan internet digunakan sebaik mungkin bagi mengetahui perkembangan terkini, baik di Malaysia mahupun antarabangsa.

PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza (Utusan)
DAVOS 30 Jan. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza.

Recep berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Recep berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

“Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap,” kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Recep mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan “tidak bertamadun.”

“Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh,” katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.

“Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa,” kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.

Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel.

Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Recep, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul.

Ki-moon, Recep, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut.

Suka
Dalam hati saya tersenyum, mengenangkan mesej yang disampaikan Eymen semalam. Yang pasti dia mempunyai seorang perdana menteri yang boleh dibanggakan! Jadi tidak salah untuk dia ‘excited’ mengkhabarkan pada semua tanpa sanggup menunggu hari pagi.

Erdogan, saya tabik kamu!

Categories
Catatan Hati
Comments rss
Comments rss
Trackback
Trackback

« WE WILL NOT GO DOWN Sama tapi lain »

2 responses

kalaulah mereka yang menghadiri forum ini datang dari kalangan bijak

kalampuncak | January 30, 2009 | 6:20 pm

kalaulah mereka yang menghadiri forum ini datang dari kalangan bijak pandai serta cendekiawan, tentulah yang mengiktiraf cerdik dan pandai mereka adalah orang-orang bodoh.

Sudah jelas tersuluh salah siapa, gagah mahu bertepuk tangan gemuruh. Mahu sangat sokong sang bangsat Peres yang busuk hati mahu kelar-kelar leher saudara kita di Gaza.

Raccip Endorgan mampu jadi pembuka mata pemimpin-pemimpin Islam yang lain tentang isu ini. Kerana tidak berani lempar kembali nanah ke muka Zionis, habis diturut segala peritah Yahudi.

Islam tergadai. Umat sendiri terbiar sengasara.

Long live Endorgan. Long live pemimpin Islam berjiwa singa.

[...] berkaitan isu Gaza, ada bagus juga jenakanya. Lebih- lebih

amruirfan.com » Sama tapi lain | January 31, 2009 | 7:42 am

[...] berkaitan isu Gaza, ada bagus juga jenakanya. Lebih- lebih lagi yang ini sama seperti yang saya tajuk saya semalam. Tetapi yang pasti saya tidak meniru SK! Saya senyum dengan bangga dan saya tabik Erdogan [...]

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Categories

  • Catatan Hati
  • Gaza
  • Reminder
  • Uncategorized

Blogroll

  • Bro Hilal Jordan
  • Bro Khalid Al Walid
  • Bro Mughirah Shu’bah

Archives

  • June 2009 (2)
  • May 2009 (2)
  • January 2009 (7)

amruirfan.com | Log in | Entries (RSS) | WordPress | Theme