amruirfan.com

Sungguh, ana merundui anta!
Sejak kelmarin air mata saya tiada hentinya. Tambahan sejak tamat peperiksaan lebih banyak masa saya luangkan bersendirian. Acap terkenang memori bersama seorang sahabat, seorang saudara yang telah pergi buat selamanya. Ammar, sungguh ana merundui anta!

<object width="480" height="295" data="http://www.youtube.com/v/fAw14bYsNUM&hl=en&fs=1&rel=0" type="application/x-shockwave-flash"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/fAw14bYsNUM&hl=en&fs=1&rel=0" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Ana yakin pengakhiran anta adalah pengakhiran yang mulia. Pengakhiran dijalan Allah seperti yang dijanjikan Rasulullah SAW didalam hadithnya:

“man kharaja fi thalabil 3ilmi fahuwa fi sabillillahi hatta yarji3″

“Siapa yang keluar mencari ilmu, maka ia diatas jalan Allah. Sehinggalah ia pulang”

(Riwayat Tarmizi)

Senang bila ana menerima mesej dari rakan- rakan yang mengkhabarkan betapa tenangnya pemergian anta. Anta pergi dengan kalimah syahadah dan senyuman. Ana berharap pengakhiran ana juga sebegitu. Ammar, sungguh ana merundui anta!

Semalam saya ada menerima mesej YM dari id Ammar, disampaikan emaknya;

“Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.”

Kepada Ummu Ammar sekeluarga, tabahkan hati. Ammar hanya mendahului kita. Kita pastikan menyelusuri jalan yang sama. Semoga Allah tempatkan kita bersama- sama Ammar di Jannatul Firdaus.

Tadi saya ada menerima lagi mesej dari Ummu Ammar. Sungguh tabah ibu ini.

“Asslamualaikum, bangunlah wahai mujahid dan mujahidah teruskan perjuangan ammar mudah-mudahan ALLAH menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada ISLAM dalam rangka untuk mendidik dan berbakti”

daripada UMMU AMMAR…. sekian wassalam

Benar, air mata perlu diseka, marilah bangun kita melangkah kehadapan. Menerus apa yang ditinggalkan Ammar. Menyubur jiwa yang hangat mencintai akhirat. Laksana anak-anak akhirat… melihat dunia dari jendela akhirat!

Allahummaghfirlahu Warhumhu Wa’afihi Wa’fuanhu.

Berita berkaitan kejadian:

Bernama

<object width="425" height="344" data="http://www.youtube.com/v/6MmgEGtZmOw&hl=en&fs=1&rel=0" type="application/x-shockwave-flash"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/6MmgEGtZmOw&hl=en&fs=1&rel=0" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Lagi berita DUKA
11.45 pm 10 Jun 2009

Sepulang dari masjid selepas Isya, saya dikejutkan lagi dengan satu lagi berita duka. Berita pemergian seorang lagi insan yang terlalu istimewa. Seorang junior, seorang saudara dan seorang sahabat buat saya.

“ammar meninggal dunia lepas magrib waktu mesir. sampaikan kt shbt2″

Itu mesej yang pertama saya terima dari Syafiq Che Ani menerusi YM. Sedayanya saya cuba menafikan bahawa ammar yang dimaksudkan adalah Ammar Zulkifli. Tetapi setelah melihat akan status sahabat- sahabat lain, harapan saya berkecai. Hati luluh dan air mata mengalir deras. Kerana yang pergi adalah insan yang terlalu istimewa buat saya; seorang sahabat yang bernama Ammar Zulkifli.

Walaupun di MATRI dahulu Ammar adalah junior 3 tahun dibawah saya, tetapi batch bukan pemisah antara kami. Tambahan pula setelah tamat SPM kami masing- masing menyambung pelajaran diluar negara, kerap sahaja kami berhubungan menerusi YM. Ammar di Mesir dan saya di UK. Selalunya jika pulang ke Malaysia untuk bercuti musim panas, Ammar adalah antara yang akan bersama-sama saya melepak di MATRI. Tidak skali beliau lokek dalam perkongsian dengan adik- adik pelajar MATRI.

Masih ingat lagi ketika saya menziarahi Mesir tahun lalu, Ammar tetap mencuri masa dalam kesibukannya untuk menemani kami berjalan- jalan. Dalam bulan Mac lalu Ammar ada menyatakan hasrat untuk ke UK pada bulan Julai ini. Tetapi baru baru ini dia terpaksa membatalkannya lantaran bertembung dengan plan untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan ini. Rupa- rupanya Allah memanggilnya kembali lebih awal.

Masih ingat lagi antara perbualan terakhir kami. Ketika itu saya menyatakan impian saya untuk melakukan public-speaking di Speaker’s Corner di Hyde Park London. Ammar lah antara yang paling awal menyokong padu impian saya sambil memohon agar dihantar beberapa keping gambar kepadanya.

Tetapi hari ini Ammar sudah tiada. Pergi dahulu menemui Rabbnya. Beliau bersama- sama empat orang rakannya terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari melihat tempat rehlah yang dirancang pada hujung bulan ini. Menurut berita yang diterima, kereta yang dinaiki mereka terbabas ketika memotong sebuah lori.

Benar ungkapan Ammar ketika memberitakan pemergian Ummi Halimaton. Katanya tidak sangka permintaan Ummi Halimaton agar dia menghubunginya adalah permintaan terakhir ummi. Ternyata sekarang Ammar telah pun ‘menghubungi’ dan bersama- sama Ummi Halimaton disana.

Caturan Allah lebih baik pastinya. Ammar pergi dalam medan perjuangan fisabilillah, medan menuntut ilmu. Pastinya yang terbaik menantinya disana. Kehilangannya pasti akan dirasai. Kehilangan yang besar, tiada penggantinya.

“Ya Allah, Kau tempatkanlah sahabatku Ammar Zulkifli bersama- sama para syuhada’ dan solehin. Permudahkanlah Ya Allah akan urusannya disana.”

Maafkan ana Ammar, jika ada salah dan silap. Ana doakan anta tenang disana. Insya Allah anta akan terus di hati kami.

Umur bukan ukuran hayat. Tua tak semestinya lebih hampir dengan kematian. Muda tiada kebal panggilanNYA. Allahummaghfirlahu Warhumhu Wa’afihi Wa’fuanhu..

Al Fatihah buat saudara dan sahabatku Dr. Muhammad Ammar Zulkifli.

Ke blog Allahyarhamhu Ammar ‘Dalam Jiwa Hamba’.

Peringatan buat yang masih hidup
Berikut adalah tazkirah oleh Ustaz Omar bin Haji Salleh selepas pengebumian Allahyarhamha Ummi Halimaton. Sedih masih terasa dihati ini. Rasa kehilangan yang tiada gantinya.

Dan ini adalah pesan Al Fadhil Ustaz Dahlan bin Mohd. Zain, suami kepada Allahyarhamha Ummi Halimaton merangkap mudir Ma’had Attarbiyah Al Islamiyah (MATRI). Semoga Al Fadhil Ustaz dan keluarga tabah dalam menempuh ujian ini.

Dia yang kupanggil UMMI
Sudah lama tidak dicoretkan sesuatu di sini. Kalau blog ini sebuah rumah, pasti sudah berkilo sawang melekat di siling. Tidak mahu saya menyalahkan kesibukan tetapi kerana kelemahan saya menguruskan masa. Atas sebab itu, maafkan saya. Tetapi hari ini saya terpanggil untuk menuliskan sesuatu khas buat seorang yang penting dalam hidup saya. Sepanjang saya mengenali beliau, beliau telah banyak mengubah cara saya berfikir, bertindak dan salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan saya seperti saya yang sekarang.

Namanya adalah Halimaton binti Hussein. Beliau adalah isteri kepada Al Fadhil Ustaz Dahlan Md Zin, mudir (pengetua) sekolah menengah saya dahulu (Ma’had Attarbiyah Al Islamiyah). Beliau juga adalah guru Bahasa Melayu kepada saya. Guru bukan sahaja di dalam kelas tetapi di dalam hidup saya juga. Jika di sekolah dahulu dia cukup mesra dipanggil Ummi. Siapa tidak kenal Ummi Halimaton, kerja kerasnya dan dedikasi dalam mendidik kami tiada tandingnya. Kami semua amat rapat dengannya.

Taken from Hilal’s blog

Tambahan pula saya terlibat dengan banyak pertandingan bahas, pidato, syarahan dan forum. Siapa gurunya? Pastilah Ummi Halimaton. Ummi la yang menjadi rujukan kepada kami. Daripada penyediaan teks sehinggalah teknik penyampaian dialah sifunya. Pernah kami bermalam dirumahnya dek mempersiapkan diri untuk pertandingan. Dialah insan dibelakang saya ketika saya berjaya ke pertandinagn akhir bahas ala parlimen peringkat zon. Dialah insan dibelakang saya ketika saya berdiri gah di pentas akhir pidato diraja peringkat negeri Perlis. Dan dialah insan dibelakang saya ketika saya maju melangkah ke peringkat kebangsaan dalam syarahan agama!

Ya benar, dialah Ummi Halimaton. Dia telah lama saya anggap sebagai ibu saya sendiri. Yang mengajar bukan hanya menulis bicara, tetapi mengenal erti dunia. Yang telah mengajar saya bertatih, hingga saya mampu berlari pantas. Dialah yang kupanggil UMMI.

Walaupun berada di bumi UK, saya tetap selalu berhubung dengan ummi. Setiap kali pulang bercuti di Malaysia, pasti saya akan ke MATRI dan menjenguk khabar ummi. Selalunya dia akan meminta saya berkongsi pengalaman dengan pelajar- pelajar. Paling tidak pun pasti dia akan bertanyakan bilakah saya akan mendirikan rumah tangga. Begitulah ummi sentiasa prihatin walaupun saya telah bertahun meninggalkan sekolah. Benar kata Hilal Asyraf Ummi, memang ummi.

Tetapi hari ini saya dikejutkan dengan pemergiannya. Pemergiannya buat selama- lamanya. Setelah 2 hari terlantar tidak sedarkan diri di CCU akibat demam denggi dan sakit jantung, ummi pergi meninggalkan kami selamanya. Sedih di hati saya teramat sangat. Kerna yang pergi bukan hanya seorang GURU kepada saya, tetapi juga seorang UMMI.

Benarlah firman Allah, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati ..” (Ali Imran: 185). Walau sedalam manapun sayang orang terhadap kita, kematian itu adalah pasti. Kematian itu adalah dekat sekali.

Ummi pergi meninggalkan kami 14 May 2009 jam 6.15 petang waktu Malaysia. Kira- kira jam 11.15pagi waktu UK. Jika saya di Malaysia pasti akan saya turun ke Perlis mengiringi ummi buat kali teakhir. Namun jarak dan hambatan viva serta peperiksaan menghalang saya untuk menziarahi ummi buat kali terakhir.

Hanya Al- Fatihah dan doa yang mampu saya kirimkan. Semoga roh Ummi dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh orang- orang yang soleh. Halalkan segala tunjuk ajar ummi selama ini. Maafkan silap dan salah saya kepada Ummi.

” Ya Allah berkatilah hidup ummi, tempatkanlah dia disamping orang- orang yang Kau berkati, orang- orang yang memegakkan agamaMu. Bukan disamping orang- orang yang Kau murkai.. Amiinn..”

Al Fatihah buat dia yang kupanggil Ummi.

Sama tapi lain
31 Januari 2009

7.30 AM

Seperti biasa, setiap pagi saya akan melayari internet untuk mengetahui berita- berita semasa. Saya terjumpa satu kartun yang menarik di halaman web berita Utusan Online;

Saya selalunya tidak gemar jenaka politik yg dipaparkan di ruangan Senyum Kambing ini. Terlalu berat sebelah barangkali. Tetapi bila berkaitan isu Gaza, ada bagus juga jenakanya. Lebih- lebih lagi yang ini sama seperti yang saya tajuk saya semalam. Tetapi yang pasti saya tidak meniru SK! Saya senyum dengan bangga dan saya tabik Erdogan dahulu!

Benarlah kata sahabat saya Kalampuncak: Long live pemimpin Islam berjiwa singa!

Erdogan, I salute you!
29 Januari 2009

11.28PM

Sedang saya bersiap- siap untuk tidur semalam, tiba- tiba saya mendapat text message dari Eymen, rakan saya yang mempunyai asal usul dari Turki. Beliau bersama keluarganya menetap di Sheffield sudah lebih 20 tahun. Tetapi semangat ke’Turki’annya masih kuat. Saya mengenali hampir seluruh keluarganya. Bapanya Brother Yardim dan abangnya Ibrahim merupakan pengunjung tetap ke Muslim Welfare House Sheffield (MWHS).

“Slm, Allahu akbar erdogan. ws”

Pendek sahaja mesejnya dan pelik juga sebenarnya. Biasanya jika Eymen menghantar mesej ditengah  malam kepada saya, pastinya berkaitan urusan Islamic Circle (USIC). Kalau tidak pun, pasti berkaitan aktiviti MWHS. Saya kira pasti ada perkara menarik yang telah dilakukan Erdogan hinggakan Eymen menghantar mesej sebegitu. Tambahan pula kami baru sahaja berdiskusi hebat berkenaan iklim politik Turki beberapa hari lepas.

30 Januari 2009

10.00AM

Usai pulang bekerja di MWHS, terus saya membuka komputer untuk membaca berita. Ini telah menjadi rutin harian saya sejak berada di UK. Kemudahan internet digunakan sebaik mungkin bagi mengetahui perkembangan terkini, baik di Malaysia mahupun antarabangsa.

PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza (Utusan)

DAVOS 30 Jan. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza.

Recep berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Recep berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

“Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap,” kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Recep mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan “tidak bertamadun.”

“Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh,” katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.

“Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa,” kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.

Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel.

Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Recep, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul.

Ki-moon, Recep, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut.

<object width="425" height="344" data="http://www.youtube.com/v/v6D9jio1QKE&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/v6D9jio1QKE&hl=en&fs=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Suka

Dalam hati saya tersenyum, mengenangkan mesej yang disampaikan Eymen semalam. Yang pasti dia mempunyai seorang perdana menteri yang boleh dibanggakan! Jadi tidak salah untuk dia ‘excited’ mengkhabarkan pada semua tanpa sanggup menunggu hari pagi.

Erdogan, saya tabik kamu!

WE WILL NOT GO DOWN
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)

Copyright 2009

A blinding flash of white light

Lit up the sky over Gaza tonight

People running for cover

Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes

With ravaging fiery flames

And nothing remains

Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In Gaza tonight

Women and children alike

Murdered and massacred night after night

While the so-called leaders of countries afar

Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain

And the bombs fell down like acid rain

But through the tears and the blood and the pain

You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In Gaza tonight

<object width="300" height="110" data="http://media.imeem.com/m/oE66XpdGAb/aus=false/" type="application/x-shockwave-flash"><param name="wmode" value="transparent" /><param name="src" value="http://media.imeem.com/m/oE66XpdGAb/aus=false/" /></object>

Demo lo ni tak supo mulo!
Demo lo ni tak supo mulo!

Seperti yang dijanjikan selepas ketibaan Munsif, saya keluar menuju ke Students’ Union untuk mengambil banner USIC dan terus menuju ke Ellesmere Green di Burngreave.  Namun oleh kerana banner tersebut terlalu besar untuk dibawa ke demo, kami mengambil keputusan untuk terus ke Burngreave.

Pada minggu ini, demo akan bermula di Burngreave dan bukan di hadapan Town Hall seperti kebiasaannya.  Juga pada minggu ini, inilah kali pertama sejak isu Palestine dihangatkan dengan serangan kejam rejim Zionis keatas Gaza beberapa minggu lalu, organisasi muslim tampil menganjurkan demonstrasi. Kebiasaannya, organisasi- organisasi seperti Palestine Solidarity Campaign, Stop War Coallation dan sebagainya akan terkehadapan dalam menganjurkan demonstrasi seperti ini.

Tetapi pada minggu ini Muslim Association of Britain (MAB) cawangan Sheffield mengambil inisiatif menganjurkan demo bersama- sama masjid- masjid diseluruh Sheffield. Segala perancangan diatur rapi bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Mensyuarat pembahagian tugas dan taklimat sekuriti diadakan pada malam demonstrasi di pejabat MAB. Saya sendiri telah diberikan tugas untuk menjadi official photographer untuk demo tersebut.

1055am, Ellesmere Green.

“Seems like not a good turn-up today”, Luah Frode, presiden Palestine Society, University of Sheffield.

“I think most of them are busy with exams…  or maybe they are coming late”, Jawab saya ringkas, cuba menyedapkan hati walau pada hakikatnya jumlah yang hadir ketika itu agak rendah jika berbanding minggu-minggu sebelumnya.Saya mengenali Frode kira seminggu yang lalu dalam satu meeting berkaitan isu Palestine. Dan ya, dia adalah salah seorang dari ramai non-muslim yang kuat memperjuangkan isu Palestine dikampus.

Saya memusingkan badan cuba mencari kelibat pelajar Malaysia, namun yang kelihatan hanya Mail dan Tarmizi. Kedua- duanya saya terserempak ketika dalam perjalanan tadi. Dua kali email dihantar bagi mengingatkan tentang demo ini.

“Huh…” Hampa.

“Mungkin diorang datang lambat kot” Bisik hati supaya berhusnuzzon.

Telahan saya ada benarnya, tidak lama kemudian makin ramai yang tiba menyertai perkumpulan tersebut. Ellesmere Green adalah sebuah kawasan lapang yang dikelilingi kedai dan boleh dikatakan sebagai pusat kepada pekan kecil Burngreave. Burngreave sendiri boleh boleh dikatakan sebagai pekan antarabangsa kerana menurut penduduk disitu terdapat 52 jenis bahasa yang dipertuturkan disitu. ‘A world in a small town’.

Tepat jam 12 tengahari, pihak penganjur meminta agar semua yang hadir mula berkumpul ditepi jalan kerana perakan akan dimulakan. Kira- kira 300-400 orang yang hadir. Agak kecil sebenarnya jika dibandingkan dengan yang terdahulu. Saya terus berlari kehadapan untuk mengambil beberapa gambar permulaan perarakan. Terdapat beberapa orang anggota polis mendahului perarakan bagi memastikan jalan dikosongkan bagi laluan perarakan. Menurut plannya, perarakan akan menuju ke Devonshire Green dengan melalui kawasan City Centre. Jauhnya kira- kira 2.5 kilometer. Sambil berarak melaungkan slogan yang telah ditetapkan, beberapa orang ditugaskan mengedarkan leaflet berkaitan isu Palestine.

Saya terus berada dikelompok hadapan, merakamkan aksi- aksi peserta perarakan. Kira- kira 1 kilometer, saya memperlahankan langkah dengan harapan dapat merakamkan gambar dikelompok belakang pula. Dalam hati saya berpuas hati dengan bilangan yang menyertai demo ini. Cuma sedihnya bilangan wajah yang saya kenal boleh dibilang dengan jari sahaja.

“Mungkin diorang busy exam kot”.

Makcik Tua

Nun dihujung perarakan terdapat satu gap yang jauh antara peserta demo. Kira- kira 30 meter. Kelihatan seorang perempuan bersama dua orang anaknya sedang berjalan perlahan- lahan dan seorang anggota polis kelihatan sedang ‘bersembang’ dengan mereka. Saya berlari-lari anak bagi melihat apa yang berlaku. Mungkin ada yang menarik yang boleh dirakamkan.

“SubhanAllah!”

Dihujung belakang perarakan terdapat seorang perempuan tua, bertongkat memimpin dua orang anak perempuannya. Umurnya dalam lingkungan 60-70an mungkin. Langkahnya terlalu perlahan sehingga dia ditinggal oleh peserta- peserta lain.  Terhincut- hincut seakan mengagahkan diri untuk meneruskan perjalanan. Hati saya bagai ditiup menjadi sebak. Bagai mahu menitiskan air mata. Terharu.

Allahuakbar!

Rupa- rupanya anggota polis tersebut cuba menasihati mak cik tadi untuk berhenti ditepi jalan. Ini kerana terdapat banyak kenderaan sedang beratur dibelakang bagi melalui jalan tersebut semula. Kagum saya melihat kesungguhan makcik tersebut. Dalam  usia sebegitu dan  bertongkat, masih sanggup bersusah- payah menyertai demonstrasi. Sungguh besar pengorbanannya. Sungguh besar nilai ukhuwah dihatinya!

Dalam hati saya berazam, selagi mampu saya akan terus bersama berdemo menyatakan sokongan kepada saudara kita di Palestine. Kalau makcik tersebut mampu ter’kedek- kedek’ menyertai demo, mengapa kita yang sihat sempurna memberi beribu alasan?

Isu Palestine bukan bermusim hanya ketika mereka diserang kejam sahaja. Janganlah hanya ketika itu kita bersemangat bersengkang mata menyiapkan tshirt, placard dan banner untuk berdemo, tetapi bila serangan dihentikan, banner hilang kemana kita sunyi tiada berkata. Selagi sekatan tidak dihentikan dan tanah mereka tidak dipulangkan, selagi itu masalah ini perlu terus diperjuangkan.

Perubahan itu tiada bermusim dan bukan kerana semangat, tetapi atas kesedaran dan kehendak yang membuak. Bukan hanya hangat- hangat tahi ayam, dibiarkan sekejap sejuk membeku.

Ada benar kata housemate saya, “Demo* lo ni tak supo mulo!”

*demo disini membawa erti demonstrasi bukan ‘kamu’ seperti dalam slanga negeri Terengganu

10 steps to support Gaza!!
Salam to all, Found this article on the net and I think it might be beneficial to all.

10 steps to support Gaza!!!!

1) Follow up the news about what is happening in Gaza.  e.g: the number of shuhada’, injured people, the volume of destructions etc.

2) Download pictures of the massacre and distribute to your friends via print outs, e-mails, on the mobile.

3) Follow up on the achievements of the Palestinian resistance heroes in Gaza. What victories they achieve every day, how many soldiers they kill, how many tanks they destroy.

4) Call the people of Gaza tell them where you from and share with them your feelings of sympathy and support and your confidence that they will win in this war. You can call this number 009708285xxxx. Replace the x’s with any number.

5) Paste pictures of Gaza on your notebooks, in your room, pc desktops.

6) Participate in as much activities about Gaza as you can. e.g: talks, gathering, seminars.

7) Organize activities on what is happening in Gaza in your neighbourhood, in your mahallah, surau’s (e.g: organize qiyamullai in groups especially for the people of Gaza) etc.

8 ) Make this the most important topic of your discussions amongst your friends. Make it the first thing after greeting the people you meet that you tell or ask about.

9) Boycott!!! Boycott!!! Boycott Israeli & American products.

10) Remember them in your do’a and prayer.

Khaibar! Khaibar! Ya yahud! Jeysyu muhammad saufa ya’ud!!!

Resistance forever! Israel ceasefire now today! We are with you gaza!!!

Source: Al-Aqsa Friends’ Society UIAM

Gaza oh Gaza
Bentak Hati

Masuk hari ini sudah hari ke 17 pembunuhan penduduk Gaza diteruskan oleh rejim laknatullah, Israel. Marah, geram, bengang… Tiada kata yang mampu diungkap bagi menggambarkan perasaan yang menyulubungi diri. Mana tidaknya, saban hari disuap dengan berita yang mngayat hati, tetapi diri tidak mampu berbuat apa- apa. Dalam 17 hari lebih 900 kematian dicatatkan. Beribu- ribu lagi cedera teruk. Ditembak, dibom dimusnahkan segalanya. Darah adalah perkara biasa, jeritan menjadi lumrah.

Pernah saya menaikkan isu ini dalam sembang- sembang dengan  beberapa rakan disini, ternyata perasaan yang sama dikongsi bersama. Masing- masing sedih kerana hanya mampu melihat dan bersimpati atas apa yang berlaku. Dari sembang- sembang itu, kami memcapai beberapa konsensus atas apa yang mampu kita lakukan bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

Doa

Teruskan dan perbanyakkan doa agar bantuan Allah bersama saudara- saudara di Gaza. Amalkan juga qunut nazilah dalam solat- solat kita. Kalau boleh perbanyakkan qiamullail dan teruskan memohon bantuan dan penjagaan Allah swt.

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Al Ghafir:60)

Derma

Saudara- saudara kita telah kehilangan banyak perkara dari hidup mereka. Rumah, keluarga mahupun anggota badan. Bantuan kita amat diperlukan dan salah satu bantuan yang mudah untuk sampai kepada mereka adalah bantuan kewangan. Peruntukkan sebahagian dari wang bulanan kita kepada mereka. Mereka punya hak keatasnya! Satu pertiga, satu perempat, satu perlima ataupun keseluruhannya, terpulang kepada kita. Yang penting bantuan mesti disalurkan.

Kesedaran

Bagi saya ini adalah perkara terpenting. Tidak kira dimana kedudukan kita, pasti ada bahagian yang mampu kita lakukan. Hidupkan sembang- sembang dengan isu- isu Palestin dan penyelesaiannya. Jika mampu anjurkan aktiviti- aktiviti yang menghidupkan isu ini seperti ceramah, charity dinner, charity auction mahupun demo!

Saya pasti senarai ini boleh berterusan selamanya, tetapi pokoknya biar kita mulakan usaha itu dahulu. Biar kecil usaha kita, saya percaya itu lebih baik dari hanya besar kata- kata. Perubahan hanya akan lahir dengan usaha bukan kata- kata. Dan sesungguhnya ingatlah;

Dari Al-Nu’man bin Basyir r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Perumpamaan orang mu’min pada persahabatan, saling kasih sayang dan saling lemah lembut sesama mereka adalah umpama suatu jasad. Apabila satu anggota menderita maka seluruh badan mengalami demam dan tidak dapat tidur. [Bukhari dan Muslim]