Lagi berita DUKA
admin | June 11, 200911.45 pm 10 Jun 2009
Sepulang dari masjid selepas Isya, saya dikejutkan lagi dengan satu lagi berita duka. Berita pemergian seorang lagi insan yang terlalu istimewa. Seorang junior, seorang saudara dan seorang sahabat buat saya.
“ammar meninggal dunia lepas magrib waktu mesir. sampaikan kt shbt2″
Itu mesej yang pertama saya terima dari Syafiq Che Ani menerusi YM. Sedayanya saya cuba menafikan bahawa ammar yang dimaksudkan adalah Ammar Zulkifli. Tetapi setelah melihat akan status sahabat- sahabat lain, harapan saya berkecai. Hati luluh dan air mata mengalir deras. Kerana yang pergi adalah insan yang terlalu istimewa buat saya; seorang sahabat yang bernama Ammar Zulkifli.

Walaupun di MATRI dahulu Ammar adalah junior 3 tahun dibawah saya, tetapi batch bukan pemisah antara kami. Tambahan pula setelah tamat SPM kami masing- masing menyambung pelajaran diluar negara, kerap sahaja kami berhubungan menerusi YM. Ammar di Mesir dan saya di UK. Selalunya jika pulang ke Malaysia untuk bercuti musim panas, Ammar adalah antara yang akan bersama-sama saya melepak di MATRI. Tidak skali beliau lokek dalam perkongsian dengan adik- adik pelajar MATRI.

Masih ingat lagi ketika saya menziarahi Mesir tahun lalu, Ammar tetap mencuri masa dalam kesibukannya untuk menemani kami berjalan- jalan. Dalam bulan Mac lalu Ammar ada menyatakan hasrat untuk ke UK pada bulan Julai ini. Tetapi baru baru ini dia terpaksa membatalkannya lantaran bertembung dengan plan untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan ini. Rupa- rupanya Allah memanggilnya kembali lebih awal.
Masih ingat lagi antara perbualan terakhir kami. Ketika itu saya menyatakan impian saya untuk melakukan public-speaking di Speaker’s Corner di Hyde Park London. Ammar lah antara yang paling awal menyokong padu impian saya sambil memohon agar dihantar beberapa keping gambar kepadanya.
Tetapi hari ini Ammar sudah tiada. Pergi dahulu menemui Rabbnya. Beliau bersama- sama empat orang rakannya terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari melihat tempat rehlah yang dirancang pada hujung bulan ini. Menurut berita yang diterima, kereta yang dinaiki mereka terbabas ketika memotong sebuah lori.
Benar ungkapan Ammar ketika memberitakan pemergian Ummi Halimaton. Katanya tidak sangka permintaan Ummi Halimaton agar dia menghubunginya adalah permintaan terakhir ummi. Ternyata sekarang Ammar telah pun ‘menghubungi’ dan bersama- sama Ummi Halimaton disana.

Caturan Allah lebih baik pastinya. Ammar pergi dalam medan perjuangan fisabilillah, medan menuntut ilmu. Pastinya yang terbaik menantinya disana. Kehilangannya pasti akan dirasai. Kehilangan yang besar, tiada penggantinya.
“Ya Allah, Kau tempatkanlah sahabatku Ammar Zulkifli bersama- sama para syuhada’ dan solehin. Permudahkanlah Ya Allah akan urusannya disana.”
Maafkan ana Ammar, jika ada salah dan silap. Ana doakan anta tenang disana. Insya Allah anta akan terus di hati kami.
Umur bukan ukuran hayat. Tua tak semestinya lebih hampir dengan kematian. Muda tiada kebal panggilanNYA. Allahummaghfirlahu Warhumhu Wa’afihi Wa’fuanhu..
Al Fatihah buat saudara dan sahabatku Dr. Muhammad Ammar Zulkifli.
Ke blog Allahyarhamhu Ammar ‘Dalam Jiwa Hamba’.
Setiap kali tengok gambar2 ammar kt blog shbt2, hati rasa
MuNsYi-SaMa | June 11, 2009 | 7:43 pmSetiap kali tengok gambar2 ammar kt blog shbt2, hati rasa sgt sebak. Macam xpercaya dia dah tinggalkan kita. Moga ruh beliau berada dalam rahmat Allah sentiasa. Ameen~
sesungguhnya setiap insan pasti merasai mati. dia memang seorang pemimpin
alone | June 11, 2009 | 8:58 pmsesungguhnya setiap insan pasti merasai mati. dia memang seorang pemimpin yang baik. semoga dia tenang dan damai di sana. InsyaAllah. Amin..
Salam ziarah. semua insan merasai mati.. terkesan walaupun saya tidak mengenali beliau:)
Arnamee | June 12, 2009 | 11:07 amSalam ziarah.
semua insan merasai mati..
terkesan walaupun saya tidak mengenali beliau:)
Munsyi-sama: kematian itu pasti, cuma Ammar mendahului kita. Kita
amruirfan | June 13, 2009 | 2:29 pmMunsyi-sama: kematian itu pasti, cuma Ammar mendahului kita. Kita pastikan menyusul pula!
Alone: Benar, dan penghuni langit dan bumi pastikan menjadi saksi kehebatan seorang insan bernama Ammar.
Arnamee: Salam ziarah kembali. Walaupun tidak mengenali, tp pasti kita semua bersaudara! Ammar adalah saudara saya dan saudara kamu juga!
semoga ruhnya di cucuri rahmat dan di tempatkn bersama para
albo | June 16, 2009 | 9:08 amsemoga ruhnya di cucuri rahmat dan di tempatkn bersama para solihin dan para syuhada.. amin ya allah..
Albo: Semoga pengakhiran kita juga bersama
amruirfan | June 16, 2009 | 6:45 pmAlbo: Semoga pengakhiran kita juga bersama para solehin.. Amiin.
Ana juga mengalirkan air mata. Kisah-kisah kematian benar-benar membuatkan diri
syauqah-wardah | June 19, 2009 | 1:36 amAna juga mengalirkan air mata. Kisah-kisah kematian benar-benar membuatkan diri kita sentiasa mengingati-Nya. Kisah pemergian da’ie muda entah kenapa semakin kerap hadir dalam pengetahuan an tanpa dirancang. Ana tidak mengenali Allahyarham Dr Ammar Zulkifli, tapi dunia maya menyatukan kita semua. Semoga ruh dirahmati ALLAH.
salam, saya mengenali ammar sejak kecil lg kat Kelantan, tp
mtrmath | June 28, 2009 | 7:50 amsalam, saya mengenali ammar sejak kecil lg kat Kelantan, tp xlah rapat pun…coz saya pun mmg pendiam..
mase kat mat3 pun saya kurang bgaul sgt ngan die…tp sdkit sbyk kalu ad mase sembang2 ckit ngan die, saya terasa cukup dihargai oleh ‘Ammar…
kami ad la hubungan dua pupu…n adik die (Ikhwan Zul) mmg sorg yg ckal n peramah mcm beliau…
mungkin itu sdikit sebanyk ana yg pndiam ni dpt mngenali beliau melalui adiknye @ lbih lg…
moga2 Allah tmptknnye dlm golngn yg soleh n mujahid…amin…