Sungguh, ana merundui anta!
admin | June 12, 2009Sejak kelmarin air mata saya tiada hentinya. Tambahan sejak tamat peperiksaan lebih banyak masa saya luangkan bersendirian. Acap terkenang memori bersama seorang sahabat, seorang saudara yang telah pergi buat selamanya. Ammar, sungguh ana merundui anta!
Ana yakin pengakhiran anta adalah pengakhiran yang mulia. Pengakhiran dijalan Allah seperti yang dijanjikan Rasulullah SAW didalam hadithnya:
“man kharaja fi thalabil 3ilmi fahuwa fi sabillillahi hatta yarji3″
“Siapa yang keluar mencari ilmu, maka ia diatas jalan Allah. Sehinggalah ia pulang”
(Riwayat Tarmizi)
Senang bila ana menerima mesej dari rakan- rakan yang mengkhabarkan betapa tenangnya pemergian anta. Anta pergi dengan kalimah syahadah dan senyuman. Ana berharap pengakhiran ana juga sebegitu. Ammar, sungguh ana merundui anta!
Semalam saya ada menerima mesej YM dari id Ammar, disampaikan emaknya;
“Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.”
Kepada Ummu Ammar sekeluarga, tabahkan hati. Ammar hanya mendahului kita. Kita pastikan menyelusuri jalan yang sama. Semoga Allah tempatkan kita bersama- sama Ammar di Jannatul Firdaus.
Tadi saya ada menerima lagi mesej dari Ummu Ammar. Sungguh tabah ibu ini.
“Asslamualaikum, bangunlah wahai mujahid dan mujahidah teruskan perjuangan ammar mudah-mudahan ALLAH menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada ISLAM dalam rangka untuk mendidik dan berbakti”
daripada UMMU AMMAR…. sekian wassalam
Benar, air mata perlu diseka, marilah bangun kita melangkah kehadapan. Menerus apa yang ditinggalkan Ammar. Menyubur jiwa yang hangat mencintai akhirat. Laksana anak-anak akhirat… melihat dunia dari jendela akhirat!
Allahummaghfirlahu Warhumhu Wa’afihi Wa’fuanhu.
Berita berkaitan kejadian:
Bernama
mohon disalin artikel ini dan artikel sebelum ini... i.allah ana
Faiz | June 13, 2009 | 11:15 ammohon disalin artikel ini dan artikel sebelum ini… i.allah ana akan linkkan ke blog nta…
Faiz: silakan, pastikan doa dan Alfatihah ditembak buat
amruirfan | June 13, 2009 | 2:32 pmFaiz: silakan, pastikan doa dan Alfatihah ditembak buat sahabat kita Ammar.
Assalamualaikum, Am sahabat yang dirindui. Setiap insan yang mengenali arwah
BroHamzah | June 16, 2009 | 3:02 amAssalamualaikum, Am sahabat yang dirindui. Setiap insan yang mengenali arwah pasti akan menyukai dan sayang kepadanya. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita dengan arwah mendapar keredhaan Allah SWT. Sila layari blog baru ana. Baru bertatih lagi.
BroHamzah Salam buat sahabat yang ana rindui juga. Semoga
amruirfan | June 16, 2009 | 6:47 pmBroHamzah Salam buat sahabat yang ana rindui juga. Semoga kita ‘berukhuwah’ bersama arwah didunia dan diakhirat.
semoga allah swt memberi ketetapan dalam hati kita utk meneruskan
Dr Waqipedia | June 18, 2009 | 1:28 amsemoga allah swt memberi ketetapan dalam hati kita utk meneruskan perjuangan Islam….hilangnya seorang mujahid bakal membuka hati utk melahirkan lebih ramai lagi mujahid…insyallah